comscore
Tumpuan :
Nasional

Surau pula terbakar, dipercayai angkara khianat 

BATU PAHAT: Surau di Sri Medan menjadi sasaran terbaharu selepas Masjid Kampung Parit Simis yang terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat.

Surau Parit Bangas itu dikesan terbakar pada 10 malam tadi, menyebabkan permaidani, perabot dan penghawa dingin musnah, insiden yang hampir sama berlaku ke atas Masjid Kampung Parit Simis, Ahad lalu.

 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kebakaran disedari seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan itu.

Katanya, dengan bantuan penduduk berhampiran, kebakaran berjaya dipadamkan 15 minit kemudian.

“Ini kebakaran kedua berturut-turut membabitkan masjid dan surau di Sri Medan.

Surau Parit Bangas dikesan terbakar pada 10 malam tadi dan siasatan dilakukan polis kerana khianat dengan api. FOTO: Ihsan PDRM.

“Justeru, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” katanya yang memaklumkan siasatan turut dilakukan pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menyalurkannya ke mana-mana balai berhampiran atau menghubungi Ketua Balai Polis Sri Medan di talian 07-4850222.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini