comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Suri rumah olah pucuk ubi jadi piza

Oleh Izzatie Rizan

SABAK BERNAM: Persaingan jualan dengan pengusaha piza yang lain, mendorong seorang suri rumah mengolah sayuran pucuk ubi dijadikan Piza.

Siapa sangka percaturannya berjaya malah mencipta kelainan tersendiri pada makanan utama penduduk Itali itu.

Hasilnya piza berasaskan sayuran kampung ciptaannya, menggabungkan rasa barat dan melayu asli serta menepati selera tempatan.

Bagi Jamaliah Sulaiman 46, pucuk ubi boleh dipelbagaikan, bukan hanya semata-mata dijadikan ulam yang dimakan bersama sambal belacan.

Berbanding piza biasa yang menggunakan tepung sebagai doh, piza Jamaliah menggunakan pucuk ubi sebagai bahan utama, dan ianya lebih sihat.

“Selalunya saya buat piza pakai roti…tapi persaingannya banyak. Satu hari saya terfikir kenapa saya tak pelbagaikan jualan piza saya,”

“Saya cuba inovasikan daun pucuk ubi sebab sayuran itu senang nak dapat lagi-lagi di kawasan Sabak Bernam nie, tak sangka menjadi malah kelainan rasa dia bila diolah dengan origano campur dengan keju menjadikan rasanya sedap seperti piza,” katanya.

Terdapat enam jenis piza berasaskan pucuk ubi yang dijual antaranya hidangan laut, ayam, daging serta telur.

Lebih menarik pelanggan boleh memilih sendiri tahap kepedasan yang diingini.

Kreativiti dalam penghasilan piza juga melayakkan Jamaliah bertanding di peringkat kebangsaan mewakili negeri Selangor dalam Pertandingan Inovasi Kebangsaan Jabatan Pertanian pada bulan Mei depan.

Inovasi sama turut dilakukan Hasni Kassim 56, menjadikan pucuk ubi sebagai kudapan muruku yang kini tidak menang tangan mendapat permintaan masyarakat.

Menggunakan pucuk ubi sebagai bahan utama, suri rumah ini menghasilkkan kudapan pucuk ubi berperisa asli, keju pedas serta telur masin.

“Kerepek pisang ke rempeyek dah banyak sangat orang buat, jadi saya gunakan sayuran kampung ini untuk dibuat kerepek,”

“Rasa dia lain dari lain…budak-budak pun suka makan lagi-lagi yang tak suka makan sayur…Kalau orang tak cuba dia tak akan tahu…sedapnya rasa pucuk ubi dijadikan kerepek,”

“Mungkin ketika ini ‘market’ masih kecil tapi lama-lama nanti permintaan mesti ada dan sebagai usahawan kita kena manfaatkan pelbagai peluang yang ada.

Mengulas lanjut, suri rumah ini memberitahu dia kini sedang mengolah sayuran kampung lain yang lebih unik untuk dijadikan kerepek.

Loading...
Terkini