comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suspek bunuh, bakar kekasih hamil didakwa pagi esok

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias (tengah) menunjukkan gambar kandungan dan pisau dalam kes pembunuhan seorang wanita yang dibakar dalam kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, 24 Mei lalu. – FOTO: NSTP

SUNGAI BESAR: Lelaki yang disyaki membunuh dan membakar kekasihnya yang sedang hamil empat bulan di Jalan Sungai Limau, di sini, pada 23 Mei lalu akan didakwa pagi esok.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Untuk makluman, suspek berusia 20 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar kira-kira jam 9 pagi esok,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mayat wanita berusia 21 tahun yang hamil empat bulan itu ditemui dengan kesan terbakar di sebuah kawasan belukar kebun kelapa sawit.

Suspek dipercayai melakukan jenayah itu berseorangan dengan motif pembunuhan dikatakan kerana mahu merahsiakan kehamilan mangsa selepas melakukan hubungan sulit.

Mangsa dan suspek dilaporkan sebagai pasangan kekasih dan sudah menjalin hubungan selama setahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini