comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek cuba rempuh anggota polis cedera ditembak

Oleh: Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah seorang lelaki selepas suspek cuba merempuh anggota polis di Kota Damansara, Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata semakan mendapati suspek mempunyai 9 rekod jenayah lampau.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima panggilan daripada anggota polis yang menjalankan tugas Op Lejang pada jam 4.45 pagi.

Kejadian berlaku di kawasan parkir di luar sebuah pangsapuri di Kota Damansara.

Pada jam 5 pagi, sepasukan polis telah ke lokasi kejadian dan melihat kehadiran polis, suspek yang memandu kereta cuba melanggar anggota polis yang membuat pemeriksaan.

Tambahnya, pada ketika itu, suspek diberi amaran untuk berhenti namun dia enggan dan terus memandu secara melulu ke arah anggota polis.

Ini menyebabkan polis melepaskan satu das tembakan dan suspek mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Semakan mendapati kereta digunakan suspek dilaporkan hilang di kawasan Sungai Buloh.

Suspek juga mempunyai rekod lampau kesalahan bunuh, pecah rumah, curi kenderaan,  Akta Dadah Berbahaya dan pernah dikenakan tindakan tahanan dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini