comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suspek kes bakar kereta, rumah Ngeh Koo Ham dibebaskan dengan jaminan polis

MANJUNG: Suspek lelaki yang disyaki melontar ‘molotov cocktail’ sehingga mengakibatkan kebakaran kenderaan dan rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, tempoh reman suspek berusia lingkungan 30-an itu dilaporkan dibenarkan dilanjutkan sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada yang Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, hari ini.

“Arahannya tangkapan (suspek) dibebaskan dengan jaminan polis serta menjadi saksi sekiranya diperlukan dalam siasatan.

“Pihak polis juga memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kebakaran terbabit boleh salurkan kepada pegawai penyiasat, Asistan Superintenden Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Terdahulu, media melaporkan lelaki itu ditahan jam 4 pagi pada 12 Januari lalu di kawasan Shah Alam, Selangor.

Loading...
Terkini