comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek kes dera, amang seksual anak yatim didakwa esok

Foto hiasan

AMPANG JAYA: Seorang lelaki yang sebelum ini ditahan kerana kes dera dan amang seksual di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Lembah Jaya Selatan, akan dihadapkan ke mahkamah, esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek warga asing akan dituduh di Mahkamah Majistret Ampang jam 9 pagi.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan dua lelaki masing-masing warga asing dan tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes dera dan amang seksual di pusat jagaan kanak-kanak di Lembah Jaya Selatan, Ampang pada Khamis lalu.

Mohd Azam Ismail dilaporkan berkata, kedua-dua suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan jam 5 petang di Jalan Sri Kemuning susulan dua laporan polis.

“Laporan polis dibuat oleh (mangsa) dua kanak-kanak yatim berusia 13 dan 14 tahun di Balai Polis Ampang Jaya pada 1.36 tengah hari dan 2.03 petang,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini