comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek pecah cermin enam kereta diburu

PETALING JAYA: Polis menerima enam laporan berhubung kes cermin kereta dipecahkan di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar, Bukit Jalil ibu negara.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ravindar Singh Sarban Singh berkata laporan polis berkenaan diterima bermula jam 9.30 pagi 2 Julai lalu.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati kesemua enam kereta diparkir di kawasan itu bermula jam 3 petang, 1 Julai lalu.

Beberapa bahagian cermin kereta dipecahkan oleh suspek yang masih bebas sebelum disedari oleh pemilik kenderaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci katanya masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu tular video berdurasi 47 saat yang memaparkan cermin beberapa kereta yang diparkir di LRT Awan Besar dipecahkan individu tidak dikenali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini