KLUANG: Mahkamah membenarkan seorang pemuda ditahan reman selama tujuh hari hingga 11 Disember depan bagi membantu siasatan kes menikam seorang wanita yang juga ibu kandungnya hingga mati di Felda Ayer Hitam, dekat sini, pagi semalam.
Perintah reman dikeluarkan Majistret, Mustaqim Sukarno selepas mendapat permohonan daripada polis.
Suspek direman mengikut Seksyen 117 kanun acara jenayah bagi membantu siasatan di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.
Suspek berumur 20 tahun itu ditahan di lokasi kejadian oleh pihak polis kira-kira jam 11 pagi semalam selepas menerima laporan seorang wanita tidak sedarkan diri dengan kesan tikaman di bahagian belakang badan mangsa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.