comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek wanita mati dalam lokap akibat radang paru-paru

Foto hiasan

KUALA LUMPUR : Wanita yang dilaporkan meninggal dunia ketika berada dalam tahanan reman pihak polis di Kedah, kelmarin disahkan akibat radang paru-paru (pneumonia).

Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIP) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad memaklumkan, proses bedah siasat dan ujian pengesanan Covid-19 terhadap orang kena tahan (OKT) berkenaan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.

“Hasil bedah siasat dan ujian pengesanan Covid-19 yang dilakukan mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dan negatif Covid-19.

“Doktor mengesankan punca kematian adalah disebabkan pneumonia dan kematian OKT diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya menerusi kenyataan.

OKT berusia 34 tahun itu ditahan pada 12 Disember lalu bagi membantu siasatan polis yang dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum direman di lokap Balai Polis Kuah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Loading...
Terkini