comscore
Tumpuan :
Nasional

Syarat baharu pemaju sediakan rumah mampu milik diperkenal KPKT

 

Foto: NSTP

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menetapkan syarat baharu supaya pemaju perumahan memperuntukkan sebahagian daripada projek pembangunan rumah mampu milik di dalam projek perumahan mega mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengarahkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk mengkaji semula dasar sedia ada.

“Projek mega perlu memperuntukkan rumah mampu milik. Ini dasar sedia ada. Tapi ia tidak ‘berjalan’ dari segi kelajuan dan skala yang kita minta,” katanya yang ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam (PPAM) MADANI Dalur di Presint 18, di sini hari ini.

Beliau turut mempersoal kenapa hanya kerajaan perlu menyediakan rumah mampu milik, sedangkan pemaju yang membangunkan projek perumahan besar juga perlu bertanggungjawab sekurang-kurangnya kepada pekerja mereka.

PPAM Madani Dalur siap dibangunkan Perbadanan Putrajaya menerusi pemaju TRC Land Sdn Bhd mempunyai sejumlah 500 unit kediaman dengan keluasan lantai adalah 1,000 dan 1,200 kaki persegi.

Harga jualan ditawarkan adalah tidak melebihi RM260,000 seunit iaitu lebih rendah daripada harga pasaran tidak termasuk kos nilai tanah di Putrajaya.

Di samping itu, penetapan syarat minimum 60 peratus daripada jumlah unit pembangunan tersebut diperuntukkan kepada kuota Bumiputera bagi mengatasi masalah pemilikan rumah dalam kalangan B40.

Loading...
Terkini