comscore
Tumpuan :
Nasional

Syarikat sertai Dasar Gaji Progresif layak dapat insentif tunai – Rafizi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Syarikat yang menyertai program rintis Dasar Gaji Progresif bermula pertengahan tahun depan akan ditawarkan insentif tunai antara RM200-RM300 mengikut kadar dan kumpulan pekerja syarikat terbabit.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, berkata bagi kumpulan peringkat permulaan, syarikat layak menerima kadar insentif pada nilai tetap sehingga maksimum RM200 sebulan selama 12 bulan.

Ia sekiranya syarikat membayar gaji pada kadar  sama atau melebihi cadangan panduan kenaikan gaji tahunan.

 

Bagi kumpulan pekerja bukan peringkat permulaan, syarikat layak menerima kadar insentif pada nilai tetap sehingga maksimum RM300 sebulan selama 12 bulan sekiranya syarikat memberi kadar kenaikan gaji tahunan berdasarkan panduan kenaikan gaji tahunan.

“Pada tahun pertama pelaksanaan, cadangan had gaji ditetapkan untuk pekerja yang menerima gaji bulanan di bawah RM5,000 dan tidak kurang daripada gaji minimum.

“Cadangan ini mengambil kira jumlah pekerja yang menerima gaji bulanan di dalam lingkungan RM1,500 dan RM4,999 merangkumi 66.6 peratus atau seramai empat juta pekerja.

“Had gaji yang ditetapkan ini mampu memberi liputan yang cukup luas untuk pekerja swasta menerima manfaat daripada inisiatif ini,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Loading...
Terkini