comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: SPRM lancar bilik gerakan

Kenyataan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan di seluruh negara bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

SPRM dalam kenyataannya berkata, kesemua bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 19 November ini dan boleh dihubungi menerusi talian Ibu Pejabat SPRM 03-889110372.

“Pejabat SPRM Kuala Lumpur di talian 03-9206 51953, Pejabat SPRM Selangor 03-552483184, Pejabat SPRM Negeri Sembilan 06-76254465, Pejabat SPRM Melaka 06-28960116 dan Pejabat SPRM Johor 07-23161707.

“Sementara itu, Pejabat SPRM Perak di talian 012-490 59868, Pejabat SPRM Pahang 09-571 60279, Pejabat SPRM Kedah 04-700188010, Pejabat SPRM Pulau Pinang 04-229926211, Pejabat SPRM Terengganu 09-630192012 dan Pejabat SPRM Kelantan 09-766197013.

“Pejabat SPRM Perlis pula di talian 04-976 398214, Pejabat SPRM Sabah 088-488 3811, Pejabat SPRM Sarawak 082-46770116 dan Pejabat SPRM Labuan 087-427198,” katanya.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel [email protected]

Dalam pada itu, SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertandingtidak melakukan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).-HARIAN METRO

Loading...
Terkini