comscore
Tumpuan :
Nasional

Tabung Haji rai wartawan di Makkah sempena HAWANA 2023

Oleh Azri Mukhlas

MAKKAH: Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang disambut hari ini terus diraikan tidak kira di mana sahaja kumpulan wartawan ini berada.

Di Kota Suci Makkah, kumpulan wartawan yang mengikuti rombongan Haji 1444H, diraikan dalam satu majlis ringkas oleh Tabung Haji (TH) di Ibu Pejabat TH di Abraj Al-Janadriyah.

“Kami di Tabung Haji sentiasa mengiktiraf peranan penting yang dimainkan para wartawan dalam memastikan maklumat yang sahih dan tepat dapat disampaikan selain kerjasama erat pihak media dan TH membolehkan keluarga jemaah di tanah air mendapatkan maklumat tepat terutama sewaktu musim haji”, ujar Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam majlis itu.

Kumpulan wartawan ini tiba di Makkah 14 Mei lalu dan akan berada di Tanah Suci sehingga musim haji 1444H selesai.

Selain TV3, turut berada di Tanah Suci ini adalah wartawan dari RTM, BERNAMA, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia, Al-Hijrah dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Loading...
Terkini