comscore
Tumpuan :
Nasional

Tadika terbakar, 36 murid, guru bergegas selamatkan diri

Anggota bomba sedang memadam kebakaran yang berlaku di tadika, Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram – FOTO: JBPM

JOHOR BAHRU: Kira-kira 36 murid dan guru berdepan detik cemas semalam apabila Tadika Sri Orkid Jaya di Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram, yang dibuka ketika cuti umum mengalami kebakaran.

Menurut Jurucakap Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Salleh Mohamed, kejadian disedari jam 8.30 pagi menyebabkan guru dan murid bergegas meninggalkan bangunan tadika.

Bagaimanapun kesemua murid dan guru terselamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Pihak bomba menerima panggilan jam 8.38 pagi, sebelum sepasukan lapan anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian, “ menurut satu kenyataan media.

Pada kejadian berlaku kebakaran membabitkan rumah dua tingkat jenis struktur kekal yang dijadikan tadika.

“Mereka bernasib baik apabila kebakaran dapat dikawal dalam tempoh 10 minit dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Loading...
Terkini