comscore
Tumpuan :
Nasional

Tahanan etnik Rohingya diasingkan, elak insiden tahanan lari berulang – JIM

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh. FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini melakukan pengasingan semula ke atas 2,675 tahanan etnik Rohingya di 12 depot seluruh negara bagi mengelak insiden melarikan diri berulang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, melalui pendekatan itu, bilangan etnik Rohingya dalam satu-satu blok akan dikurangkan dan dipindah ke blok lain serta dicampur dengan tahanan warga lain seperti Indonesia dan Bangladesh.

Beliau berkata itu antara langkah kawalan dan prosedur operasi standard (SOP) segera yang dilaksana oleh jabatan berkenaan susulan insiden tahanan lari dari depot imigresen di Bidor, Perak.

“Ini untuk kita kurangkan mereka daripada bertindak agresif. Kalau berkumpul ramai-ramai, mereka ada kecenderungan untuk bertindak agresif,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini