comscore
Tumpuan :
Nasional

Tahanan kes dadah mati tergantung dalam lokap IPD Kubang Pasu

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang ditahan berkaitan kes dadah ditemukan mati tergantung dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Saleh berkata, mayat lelaki berusia 51 tahun ditemui pada jam 5.30 pagi tadi. OKT berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula 4 Ogos hingga 10 Ogos ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak Koroner telah hadir ke tempat kejadian dan mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat,” katanya.

Fisol berkata, susulan kejadian itu, siasatan dilakukan di bawah Laporan Mati Mengejut (LMM) oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman.

Beliau berkata, sebagai langkah awal, semua anggota yang bertugas sewaktu kejadian akan dipindahkan sementara ke cawangan lain sehingga siasatan selesai.

Loading...
Terkini