comscore
Tumpuan :
Nasional

Tahap kesihatan PM dalam keadaan baik

Foto: Anwar Ibrahim/Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, keadaan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan beliau meneruskan tugasnya hari ini.

Perkara itu disahkan doktor selepas Anwar menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi selepas dilaporkan tidak sihat, hari ini.

“Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf. Alhamdulillah,” kata beliau di Facebooknya.

Pagi tadi, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar memaklumkan kepada pemberita, Perdana Menteri sepatutnya menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves, namun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak sihat dan terpaksa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Melalui muat naik berkenaan, Perdana Menteri turut berkongsi gambar perbincangan antara beliau dan tiga pegawainya di kediaman beliau di Kajang.

Mereka ialah Setiausaha Politik Kanan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin; Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit, Shukri Saad.

Loading...
Terkini