comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Tak sempat selamatkan duit gaji” – Mangsa 

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Tiga pekerja pembersihan terselamat dalam kejadian sebuah lori sampah pukal milik syarikat swasta terbakar di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah Johor Bahru-KLIA-Klang kira kira jam 1 petang tadi.

Menceritakan detik kejadian, mangsa yang juga pemandu lori Mohamad Helmi Mohamad Ali, 35, bersama dua pekerja warganegara Indonesia sempat melarikan diri selepas menyedari bahagian bawah kepala lori mengeluarkan kepulan asap.

Mangsa yang juga pemandu lori, Mohamad Helmi Mohamad Ali.

“Saya sedang memandu dan secara tiba-tiba asap keluar daripada enjin lori, kemudian krew bagitahu ada keluar asap dan saya berhenti di laluan kecemasan.

“Saya tengok api yang di bawah itu sudah semakin tinggi dan saya cuba tarik (barang) apa yang patut diselamatkan, kemudian saya cuba guna alat pemadam api, namun tidak berjaya kerana api makin tinggi, kami terus lari selamatkan diri.

“Macam barang saya semua alhamdulillah dapat bawa keluar, tetapi krew sayalah kesian, duit gaji diorang, passport diorang semua dokumen habis hangus termasuk telefon bimbit semua barang tidak dapat diselamatkan,” katanya kepada Buletin TV3.

 

Ketika kejadian, lori berkenaan dalam perjalanan membawa sampah dan barangan dari Sri Petaling menuju ke Kepong.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Loading...
Terkini