comscore
Tumpuan :
Nasional

`Takiyuddin jangan gopoh, fail ada pada saya’ – Anwar 

FOTO : NSTP

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk tidak terburu-buru  mengeluarkan kenyataan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Anwar menganggap Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak membaca fakta yang ada.

“Saya nak nasihatkan Datuk Seri Takiyuddin jangan gopoh kerana saya di Kementerian Kewangan. Fail ada pada saya,” katanya pada
sidang media di Kementerian Kewangan, pagi tadi.

Beliau mengulas kenyataan  Takiyuddin tengah malam tadi yang kesal dengan tuduhan dikeluarkan Perdana Menteri semalam, yang membayangkan kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang daripada syarikat perjudian.

Kata Takiyuddin, tuduhan terbabit tidak berasas dan PAS menuntut Perdana Menteri memberikan bukti yang nyata jika ada.

Sekiranya gagal PN akan meneliti tindakan perundangan terhadap pihak  yang memfitnah.

Semalam, ketika sidang media selepas mesyuarat khas Kabinet yang pertama,  Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Perdana Menteri turut memutuskan cabutan khas judi dikurangkan daripada 22 kali setahun ketika pentadbiran PN kepada 8 kali bermula tahun depan.

Loading...
Terkini