comscore
Tumpuan :
Nasional

Taman Lagenda, Air Terjun Gunung Ledang ditutup sementara akibat kes kencing tikus

Foto hiasan

 

JOHOR BAHRU: Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda) dan Air Terjun Gunung Ledang, dekat Tangkak ditutup sementara kepada pengunjung, susulan kes Leptospirosis atau kencing tikus yang dilaporkan di kawasan daerah Tangkak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon berkata, penutupan selama dua minggu itu berkuat kuasa hari ini hingga 10 Julai depan.

Katanya, makluman penutupan diperoleh daripada Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak.

“Notis Perintah Tutup adalah mengikut tindakan di bawah Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Sampel telah diambil di kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda) dan Air Terjun Gunung Ledang serta mengambil kira faktor pencegahan awal serta keselamatan awam, perintah penutupan ini perlu dilaksanakan.

“Penutupan ini juga bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan supaya kawasan tersebut selamat bagi pengunjung yang akan hadir pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini