comscore
Tumpuan :
Nasional

Taman Negara Endau Rompin Terima Pengiktirafan AHP

Oleh Buletin TV3

PETALING JAYA: Taman Negara Johor Endau Rompin di Johor berjaya mendapat pengiktirafan Asean Heritage Park (AHP) ke-51.

Perkara itu diumumkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi Facebook beliau.

Pengiktirafan itu ujarnya yang keempat diterima Malaysia.

“Pengiktirafan ini merupakan yang keempat buat Malaysia selepas pengiktirafan Taman Negara Gunung Mulu Sarawak, Taman Negara Kinabalu Sabah, dan Taman Negara (Pahang, Kelantan dan Terengganu) pada tahun 1984,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah buat kerajaan negeri Johor di atas pengiktirafan itu.

“Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sebagai tumpuan utama kepada program AHP ingin merakamkan setinggi-tinggi tanniah kepada Kerajaan Negeri Johor di atas pengiktirafan ini,” katanya.

Taman Negara Johor Endau Rompin yang berkeluasan 48,905 hektar dilitupi lebih 90 peratus hutan hujan tropika serta ekosistem masih terpelihara dan membentuk kawasan teras Landskap Hutan Selatan seluas 10,000 kilometer persegi berperanan penting sebagai habitat mamalia besar yang terancam terutama Harimau Malaya.

Kawasan itu kaya dengan kepelbagaian biologi dengan anggaran lebih daripada 1,593 spesies flora yang mewakili 19.2 peratus flora di Semenanjung Malaysia termasuk 38 spesies yang berstatus sangat terancam, 16 spesies terancam dan 26 spesies terdedah kepada ancaman.

Loading...
Terkini