comscore
Tumpuan :
Nasional

Tambahan 50,000 PerantiSiswa Untuk Pelajar Yang Merayu

Foto hiasan.

KOTA BHARU : Tambahan sebanyak 50,000 unit peranti menerusi Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia sudah dibuat bagi memberi peluang pelajar yang membuat rayuan memperolehnya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata,
langkah itu bertujuan membuka peluang rayuan seluas-luasnya kepada pelajar yang layak, namun ditolak, selain memastikan bekalan peranti tidak terputus.

“Kita ada peranti yang cukup, tiga hari lalu saya sudah arahkan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian untuk menambah tempahan daripada tender yang ada melalui arahan perubahan kerja (VO) untuk tambahan 50,000 unit lagi.

“Ia membabitkan perbelanjaan kira-kira RM65 juta supaya bekalan peranti tidak terputus selepas mengambil kira kes rayuan ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program KPT Prihatin dan Majlis Penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kes rayuan PerantiSiswa, Annuar menasihatkan pemohon berjumpa dengan persatuan pelajar atau pusat pengajian mereka bagi mengemukakan rayuan dengan memberi bukti atau sebab rayuan perlu dipertimbangkan. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini