comscore
Tumpuan :
Nasional

Tambahan RM50 juta untuk mangsa banjir di Terengganu

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta untuk bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu.

Sebelum ini, kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan jumlah yang sama pada awal tahun lalu menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM100 juta.

“Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri kata bantuan tidak cukup jadi malam ini saya tambah lagi RM50 juta menjadikan peruntukan keseluruhan RM100 juta.”

“Saya tahu berlaku kelewatan pengagihan bantuan oleh NADMA, jadi saya mintak NADMA perhalusi segera,” ujarnya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani, di Dewan Al-Muktafi Billah Shah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub serta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau amat gembira dengan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu yang mahu bekerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan demi rakyat walaupun berbeza haluan.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan rasa gembira dengan peruntukan tambahan untuk mangsa banjir di Terengganu.

Loading...
Terkini