Tumpuan :
Nasional

Tan Sri Ibrahim Saad selamat dikebumikan

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Ibrahim Saad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini sekitar jam 11.20 pagi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada jam 10.15 pagi tadi.

Solat jenazah diimamkan oleh anaknya, Datuk Zairil Ayu Ibrahim Ibrahim dan disertai ratusan jemaah lain yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan arwah.

Turut hadir mengirungi perjalanan terakhir arwah adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

Terdahulu, Allahyarham yang berusia 78 tahun dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang semalam di Hospital Pakar Damansara akibat komplikasi pernafasan.

Arwah dikatakan mengalami serangan jantung dan menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua minggu lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini