comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tanah perkuburan jadi lokasi pembakaran terbuka   

Oleh: Hilmi Abdul Malik

SHAH ALAM: Tanah perkuburan dijadikan lubuk pembakaran terbuka.

Dalangnya masih belum dikenal pasti namun perbuatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan lebih 600 penduduk di Taman Setia Permai 2, Setia Alam, di sini terpaksa menghidu asap berbahaya hampir setiap hari sejak setahun lalu.

Tidak sensitif dan sanggup menceroboh tanah perkuburan untuk melakukan aktiviti pembakaran terbuka semata-mata mahu mengelak perbuatan itu dikesan pihak berkuasa.

Pembakaran terbuka itu bagaimanapun berjaya dirakam krew Buletin TV3 setelah tinjauan dilakukan ke lokasi terbabit hasil aduan penduduk yang diterima menerusi emel.

Dakwa penduduk, aduan sudah banyak kali diajukan kepada pihak berkuasa tempatan(PBT) namun hanya seperti mencurahkan air ke daun keladi.

“Sudah banyak kali email tapi tiada tindakan so kita pergi shah alam punya ofis tanya dia kita sudah mengadu tapi tiada tindakan diambil tapi pembakaran terus berlaku, kalau normal punya bau takpe, semua bakar plastik,” kata penduduk yang ditemui.

Mereka mendakwa pihak berkuasa hanya meletakkan garisan dan papan tanda larangan pembakaran terbuka.

Namun, aktiviti pembakaran masih lagi berleluasa.

“Kita tengok sini pun dah ada larangan pembakaran terbuka tapi masih juga berlaku menyebabkan bau yang sangat kuat yang jejaskan penduduk Setia Permai, 694 rumah jadi malam pukul 10 11 12 mesti ada bau,” dakwa penduduk.

Tinjauan juga mendapati lokasi berdekatan wujud satu lagi kawasan buangan dan sisa pembakaran.

Kebanyakan sampah yang dibakar mengandungi sisa plastik dan getah yang menyebabkan pencemaran udara.

Kesannya bukan sahaja terhadap manusia, tumbuhan juga mati akibat perbuatan berkenaan.

Buletin TV3 kami telah menghubungi pihak berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan PBT mengenai pembakaran terbuka ini namun belum menerima maklum balas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini