comscore
Tumpuan :
Dewan Rakyat

[VIDEO] Tanah Rizab Melayu meningkat kecuali di Kedah, Perak & Kuala Lumpur

Oleh Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Tanah Rizab Melayu menunjukan peningkatan di seluruh negara kecuali di Kedah, Kuala Lumpur dan Perak.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sehingga 31 Disember lalu secara keseluruhan Tanah Rizab Melayu meningkat 0.67 peratus kepada 4,996,406.42 hektar berbanding 4,963,190.80 pada 2021.

Jelasnya, Kedah mencatatkan penurunan daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar.

Manakala Kuala Lumpur daripada 1,003.56 hektar kepada 999.48 hektar dan Perak daripada 953,042.67 hektar kepada 953,040.87 hektar.

“Bagi maklumat perincian mengenai pembatalan dan penggantian Tanah Rizab Melayu di negeri, ia direkodkan oleh pihak berkuasa negeri masing-masing. Ini adalah selaras dengan peruntukan Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Tanah Simpanan Melayu yang tidak akan berkurangan keluasannya apabila berlakunya pembatalan. Pihak berkuasa negeri hendaklah menggantikan keluasan kawasan yang telah dibatalkan dengan tanah-tanah lain yang sama jenis dan luasnya sebagai Tanah Simpanan Melayu,” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Maran Datuk Ismail Abd. Mutalib di Parlimen.

Sementara itu Nik Nazmi memaklumkan, laporan kertas putih tidak diperlukan kerana Tanah Rizab Melayu berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Tidak perlu ada kertas putih tentang soal ini. Dan sebagai mana kita maklum akhirnya soal tanah rizab melayu ini terletak di bawah bidang kuasa negeri.

“Sebab itu hal ini diperingkat persekutuan ada dibincangkan menerusi Mesyuarat Majlis Tanah Negera yang dihadiri Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri,” katanya.

Loading...
Terkini