comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah runtuh di Cameron Highlands, jalan Boh ditutup sementara 

CAMERON HIGHLANDS: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Laluan C156, Jalan Boh, Seksyen 0.70 pada Jumaat.

Menurut Ketua Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang,  dalam satu notis pemberitahuan memaklumkan lokasi runtuhan kini ditutup bagi kerja-kerja pembaikan.

Laluan terbabit menghubungkan Habu ke Boh Tea Estate melibatkan kedua-dua arah ditutup bermula 19 Januari sehingga 2 Februari depan.

“Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands ingin memaklumkan bahawa Laluan c156, Jalan Boh, Seksyen 0.70 yang menghubungkan Habu ke Boh Tea Estate, Habu ditutup buat sementara waktu kepada pengguna jalan raya berikutan kejadian tanah runtuh.

“Penutupan jalan secara sementara pada tempoh yang ditetapkan adalah perlu demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya,” jelas kenyataan itu.

Pengguna jalan raya dinasihatkan mengikut papan tanda di lokasi kejadian serta mematuhi arahan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Loading...
Terkini