comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah runtuh di Cameron Highlands: Seorang maut, 4 lagi tertimbus

Oleh: Fazli Ahmad

CAMERON HIGHLANDS: Seorang maut manakala empat lagi masih hilang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Batu 54, Blue Valley, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, ketika ini operasi mencari dan menyelamat empat lagi mangsa yang dilaporkan hilang termasuk seorang wanita sedang dilakukan.

Menurutnya, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameran Highlands bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kejadian pada jam 2:51 pagi tadi.

Katanya, Komander Operasi melaporkan anggota bomba terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer ke lokasi kejadian.

“Maklumat awal diperolehi terdapat lima mangsa terperangkap dalam runtuhan itu,”

“Pemeriksaan awal di kawasan runtuhan bomba menemui mayat seorang lelaki.” katanya menerusi kenyatan di sini, hari ini.

Ismail berkata, ketika ini bomba sedang giat mengesan empat lagi mangsa tetapi operasi dilakukan secara berhati-hati kerana dikhuatiri berlaku runtuhan susulan.

Katanya, identiti mangsa terkorban dalam kejadian itu serta empat yang hilang belum diperolehi.

Loading...
Terkini