Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tanah Runtuh di Genting, tiada kemalangan jiwa dilaporkan – Polis

Kejadian tanah runtuh di jalan berhampiran Amber Court dan Ion Delemen di Genting Highlands.

KUALA LUMPUR: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di jalan berhampiran Amber Court dan Ion Delemen di Genting Highlands, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, pihaknya menerima panggilan dari orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.47 pagi tadi.

“Akibat daripada kejadian tersebut jalan ke Amber Court dan Ion Delemen terhalang dan tidak dapat dilalui kedua-dua arah.

“Pihak polis mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda dilaporkan,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, kerja-kerja mengalihkan runtuhan selesai dijalankan pihak berkuasa kira-kira jam 2.00 petang tadi dan laluan telah dibuka kepada semua kenderaan.

“Pihak berkuasa dan pihak keselamatan Genting Highlands akan terus memantau lokasi berkenaan.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan kejadian yang tidak benar termasuk lokasi kejadian tanah runtuh yan tidak benar,” katanya lagi.

Terdahulu, video kejadian tanah runtuh itu tular di media sosial apabila dikongsi pengguna jalan raya yang terkandas akibat kejadian itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini