comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah runtuh di Sungai Ruil :Kerajaan berusaha pendekkan tempoh pembaikan cerun

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan berusaha untuk memendekkan tempoh kerja pengukuhan dan penstabilan cerun kawasan tanah runtuh di Penempatan Orang Asli Sungai Ruil di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan melakukan tindakan untuk mendapatkan kelulusan khas perolehan daripada Kementerian Kewangan.

“Kami anggap dua tahun itu terlalu panjang biarpun TNB memberikan penyewaan untuk kuaters mereka selama dua tahun tetapi saya harap kerjasama di antara KKDW, JAKOA dan JKR serta lain-lain agensi kita akan memendekkan tempoh bagi pemindahan semula.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan di lokasi terbabit pagi tadi.

Tambahnya siasatan awal aspek teknikal oleh Jabatan Kerja Raya JKR mendapati kerja baik pulih cerun runtuh terbabit membabitkan kos RM3 juta.

Katanya ketika ini 88 penduduk dari 17 keluarga Orang Asli masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara selepas diarah mengosongkan kediaman susulan kejadian tanah runtuh pada 12 Oktober tahun lalu.

Selepas ini kesemua mereka akan dipindahkan ke kuaters Tenaga Nasional Berhad TNB dijangka akhir Januari ini.

Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA akan menanggung sepenuhnya kos penyewaan di premis terbabit.

Loading...
Terkini