comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanam pohon pisang pada lubang jalan raya rosak

Gambar pohon pisang ditanam pada lubang jalan raya berhampiran Kampung Paris Satu, Kilometer 117 Jalan Sandakan-Lahad Datu di Lahad Datu yang tular di media sosial.

LAHAD DATU: Tidak tahan dengan keadaan jalan raya rosak di daerah ini, ada pengguna kemudahan itu bertindak menanam pohon pisang pada lubang yang wujud di permukaan jalan berkenaan.

Kejadian berlaku berhampiran Kampung Paris Satu, Jalan Sandakan-Lahad Datu di sini.

Gambar itu tular di media sosial hari ini.

Difahamkan, lokasi pohon pisang itu ditanam terletak kira-kira 500 meter dari tempat kemalangan membabitkan seorang kanak-kanak perempuan maut apabila kereta dinaikinya dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 117 Jalan Sandakan-Lahad Datu, baru-baru ini.

Netizen dikenali Muhammad Aripin menerusi hantaran di media sosial menyifatkan pendekatan menanam pohon pisang pada lubang jalan itu sebagai penyelesaian masalah berkenaan.

Rata-rata netizen juga bersetuju dengan tindakan individu yang berbuat demikian, selepas kerosakkan kemudahan itu di daerah ini masih gagal dibaiki.

“Selesai masalah lubang jalan di Sabah… lagi baik tanam pokok kelapa di lokasi itu,” kata mereka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini