comscore
Tumpuan :
Nasional

Tangkis maklumat tak tepat menerusi Sekretariat Perantau Anak Pahang

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Penubuhan Sekretariat Perantau Anak Pahang bulan lalu menjadi platform penting kepada kerajaan negeri dalam memperluas penyampaian maklumat berkaitan inisiatif dan bantuan, disamping ruang bagi menjawab serta menangkis tohmahan terhadap pentadbiran negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,berkata, pejabat sekretariat itu yang dibuka di Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, boleh dikunjungi sesiapa saja, khususnya anak Pahang yang ingin mendapatkan maklumat dan penerangan berkaitan dasar serta inisiatif diumum kerajaan negeri.

Beliau berkata, ketika ini terdapat lebih 92,000 rakyat yang berasal dari Pahang menetap dan bekerja di Lembah Klang.

“Ramai anak Pahang ada di Kuala Lumpur. Lebih kurang 92,000 anak-anak Pahang berada di sekitar Lembah Klang. Ini pertama kali kita tubuhkan Sekretariat Perantau Anak Pahang iaitu pada 5 Januari yang lalu dan program hari ini adalah anjuran mereka.

“Bila tubuh sekretariat ini, kita sediakan tempat untuk mereka berjumpa atau berdaftar iaitu bila kita adakan program, untuk mudah mereka berurusan, berbanding sebelum ini. Pejabat sekretariat ini ada di tingkat enam WTC. Anak-anak pahang sekiranya ada urusan boleh berkunjung ke pejabat sekretariat ini,” katanya ditemui media selepas menyempurnakan pelepasan acara Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024 di pekarangan Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Lebih 2,000 peserta termasuk anak-anak Pahang menyertai acara larian santai ini yang bermula jam 7 pagi, menerusi dua kategori acara iaitu sejauh lima kilometer (km) dan tujuh kilometer.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini