comscore
Tumpuan :
Nasional

Tapak binaan tidak patuh SOP tidak dibenar beroperasi

KUALA LUMPUR: Tapak binaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan termasuk melakukan saringan kesihatan pekerja asing tidak akan dibenarkan beroperasi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) amat bertegas dengan perkara itu arahan penutupan operasi akan dibuat jika ada yang didapati melanggar arahan.

“Semalam, CIDB memeriksa 110 tapak binaan di seluruh negara membabitkan 76 penguatkusaan. Daripada jumlah itu, 21 tapak dikesan patuh SOP, manakala tiga lagi tidak patuh dan diberi amaran.

“Setakat ini, jumlah kumulatif tapak binaan diperiksa CIDB adalah sebanyak 6,000 tapak dan daripada jumlah itu, 934 tapak didapati patuhi SOP dan 224 lagi adalah tidak patuh.

“Mereka juga sudah mengarahkan tujuh tapak binaan ditutup kerana tidak patuh SOP namun 4,815 lagi masih belum beroperasi,” katanya pada sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Loading...
Terkini