comscore
Tumpuan :
Nasional

TASKA dibenarkan beroperasi semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,696 taman asuhan kanak-kanak (TASKA) dibenar memulakan operasi, mulai hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebelum ini kerajaan hanya membenarkan 304 TASKA beroperasi mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP).

“Hari ini, kita minta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperkemas SOP TASKA. Kita sudah setuju dengan SOP yang lengkap, kemas dan mereka juga sudah bincang dengan Kementerian Kesihatan.

“Ini termasuk SOP lengkap sewaktu hantar bayi ke TASKA, sewaktu penjagaan, sewaktu ambil anak pulang,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, bagi operasi di taman didikan kanak-kanak (TADIKA) pula, Kementerian Pendidikan akan menyediakan SOP khusus bagi diselaraskan dengan semua operasi tadika yang dikendalikan semua kementerian.

“Kita tunggu mereka bentang SOP lengkap dulu. Kalau nak buka Julai ini, kita akan benarkan, tapi kita mahu lihat dengan teliti SOP berkenaan,” katanya.

Loading...
Terkini