comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Tayar kereta pecah, penoreh getah hilang nyawa

Foto Ihsan PDRM

JEMPOL: Sebuah kereta terbabas akibat tayar pecah lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar seorang penoreh getah dalam kemalangan di Jalan Besar Pasoh Tiga, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 8.25 pagi menyebabkan Hassan Rahmat,50 dari Kampung Baru Air Hitam meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jempol.

“Kejadian berlaku ketika sebuah kereta dipandu lelaki berusia 22 tahun dalam perjalanan dari arah FELDA Pasoh Tiga menuju ke Air Hitam.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian iaitu selepas selekoh, dipercayai tayar belakang sebelah kanan kereta jenis Proton Wira Aeroback pecah mengakibatkan pemandu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Foto Ihsan PDRM

“Pada masa sama, datang penunggang motosikal dari arah bertentangan dan tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta terbabit,”katanya dalam satu kenyataan.

Hoo berkata akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

“Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) AktaPengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof ditalian 016-2348669 bagi membantu siasatan,”katanya.

Loading...
Terkini