
NEW YORK: Sensasi Pop dunia, Taylor Swift mendahului Carta Artis Terbaik Billboard bagi 25 tahun pertama abad ke-21.
Penyanyi dan penulis lagu berusia 31 tahun itu terkenal dengan gaya penulisan artistik, dan mempunyai pengaruh besar dalam ‘pop culture’ sejak 2006.
Beliau turut mencatat rekod sebagai artis wanita dengan album di kedudukan pertama terbanyak dalam sejarah carta Billboard 200, dengan 14 album.
Swift juga dilaporkan mempunyai 12 lagu nombor satu di carta Hot 100.
Dari segi penjualan karyanya, Swift telah menjual lebih daripada 50 juta album dan 150 juta single di seluruh dunia sehingga tahun 2019.
Menurut Billboard, jumlah unit yang terjual secara di peringkat global mencapai 114 juta unit, termasuk 78 bilion penstriman sehingga tahun 2021.
Swift juga pernah empat kali menduduki tempat teratas sebagai Artis Terbaik Tahunan Billboard, iaitu pada 2009, 2015, 2023, dan 2024.
Di tempat kedua carta tersebut ialah Drake, diikuti oleh Rihanna di tempat ketiga, Post Malone (ke-4), Eminem (ke-5), The Weeknd (ke-6), Beyoncé (ke-7), Justin Bieber (ke-8), Bruno Mars (ke-9), dan Usher melengkapkan 10 teratas.
Carta Artis Terbaik Abad ke-21 Billboard itu berdasarkan prestasi di carta album Billboard 200 dan carta lagu Billboard Hot 100 dari tahun 2000 hingga akhir 2024.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.