comscore
Tumpuan :
Nasional

Tembok pagar rumah runtuh ketika hujan lebat

Keadaan runtuhan pada tembok pagar bahagian sisi rumah Zamri Baba di Taman Desa Flora Senawang yang runtuh secara tiba-tiba dalam kejadian tenghari tadi. – FOTO: NSTP

SEREMBAN: “Saya berada dalam kereta untuk keluar rumah, secara tiba-tiba terdengar isteri menjerit mengatakan rumah nak runtuh,” ujar Zambri Baba, 57, berhubung kejadian tembok pagar rumahnya di Taman Desa Flora Senawang, yang runtuh tengahari tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 1.45 tengahari tadi ketika hujan lebat dan angin kencang.

Katanya, isteri dan seorang anaknya cuba memeriksa keadaan di luar rumahnya susulan hujan lebat, namun dikejutkan dengan bunyi runtuhan kuat tembok pagar bahagian sisi rumah yang runtuh secara tiba-tiba.

“Saya terkejut apabila diberitahu isteri akan keadaan tembok yang runtuh. Tak sangka kejadian ini berlaku selepas saya mendiami rumah ini sejak 14 tahun lalu.

Keadaan runtuhan pada tembok pagar bahagian sisi rumah Zamri Baba di Taman Desa Flora Senawang yang runtuh secara tiba-tiba dalam kejadian tenghari tadi. – FOTO: NSTP

“Saya tak pasti apa puncanya, malah sebelum ini pun tak nampak berlaku retakan pada tembok atau berlaku hakisan tanah. Mungkin disebabkan hujan lebat hari ini yang mengakibatkan tembok ini runtuh.

“Bagaimanapun, syukur kerana kejadian ini tidak menjejaskan keselamatan ahli keluarga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, petang ini.

Zambri berkata, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Senawang berhubung kejadian berkenaan manakala anggota pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Senawang tampil membantu dalam memastikan keadaan keselamatan strukur yang lain.

“Kakitangan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) turut tampil membersihkan runtuhan.

“Saya dimaklumkan kawasan runtuhan akan diletakkan kanvas terlebih dahulu sebelum lantikan kontraktor dibuat untuk memperbaiki runtuhan ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini