comscore
Tumpuan :
Nasional

Tempoh lantikan Naib Canselor UUM, Haim Hilman dipendekkan

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Haim Hilman Abdullah. – FOTO: NSTP

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Tempoh pelantikan Prof Dr. Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dipendekkan berkuat kuasa 18 Januari 2023, iaitu genap setahun menjawat jawatan berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa tempoh pelantikan Prof Dr. Haim Hilman sebagai Naib Canselor UUM dipendekkan berkuat kuasa 18 Januari 2023. Kementerian mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof Dr. Haim Hilman atas khidmat bakti dan kepimpinan beliau,” katanya.

Haim Hilman, 49 dilantik sebagai Naib Canselor UUM pada 17 Januari lalu.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari University of Portsmouth, United Kingdom.

Beliau turut memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada 2010 dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sebelum ini, Haim Hilman dilaporkan berkata, beliau tidak pernah menyatakan hasrat kepada mana-mana pihak mengenai kesediaannya untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau mengulas laporan berita pada 7 Ogos lalu oleh Barisan Nasional (BN) Selangor yang akan mempertaruhkan tiga calon ahli pemikir atau ‘think tank’ pada PRU-15 yang turut menyenaraikan nama Haim Hilman.

Loading...
Terkini