comscore
Tumpuan :
Nasional

Tempoh reman berakhir, nasib ahli, CEO GISBH diketahui hari ini

Nasib 24 individu termasuk pimpinan tertinggi rangkaian GISB Holdings (GISBH) akan disiasat mengikut SOSMA bakal diketahui hari ini.

KUALA LUMPUR: Nasib 24 individu termasuk pimpinan tertinggi rangkaian GISB Holdings (GISBH), akan disiasat selanjutnya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan diketahui hari ini.

Ini berikutan tempoh tahanan reman terhadap mereka berakhir hari ini.

Setakat ini berkemungkinan besar, semua atau sebahagian individu terbabit termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, bersama isteri dan anak akan siasat selanjutnya mengikut akta itu.

Manakala bagi mereka yang tidak akan ditahan mengikut SOSMA, berkemungkinan akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan terhadap mereka selesai.

24 individu terbabit sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 12 Akya Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Tindakan itu adalah seperti yang dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini pada 3 Oktober lalu.

Sebelum ini seramai 34 individu yang dikaitkan dengan GISBH ditahan semula di bawah SOSMA selepas tempoh tahanan reman mereka berakhir manakala 127 orang lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Semua yang terbabit dalam organisasi GISBH ditahan dalam Operasi Global 2024 (Op Global 24) bermula dari Fasa 1 sejak 8 September lalu hingga Fasa 4, pada 21 September lalu.

Satu sidang media akan diadakan petang ini, berhubung perkembangan terkini Op Global 24 oleh Tan Sri Razarudin berkaitan perkembangan siasatan dan tindakan terhadap GISBH di ibu negara.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini