comscore
Tumpuan :
Nasional

Temui ajal selepas rempuh kereta diparkir

Foto ihsan PDRM

TAMPIN: Seorang lelaki maut selepas dikatakan merempuh sebuah kereta yang diletakkan di hadapan kediaman di Jalan Mawar 7, Taman Gemas Indah, Gemas, di sini, petang semalam.

Dalam kenyataan hari ini Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman memaklumkan lelaki berusia 51 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebuah Proton Saga.

“Kemalangan kira-kira jam 5 petang semalam membabitkan penunggang motosikal jenis Modenas Kriss dengan sebuah kereta.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan balik ke rumah melalui Jalan Mawar 7.

“Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terlanggar bahagian hadapan kereta yang diparkir di hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan, penunggang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Balai Polis Trafik IPD Tampin dan boleh menghubungi talian 064412502 atau 064431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini