comscore
Tumpuan :
Nasional

Ten Hag akur ketumpulan penggempur United

Bruno Fernanes menyempurnakan penalti United untuk melengkapkan kemenangan 2-0 ke atas Wigan Athletic pada aksi pusingan ketiga Piala FA Inggeris. – FOTO: Reuters

WIGAN: Kemenangan 2-0 menerusi jaringan Diogo Dalot and Bruno Fernandes,  ke atas Wigan Athletic  di arena lawan pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris awal pagi tadi sesuatu yang sangat melegakan buat pengurus Manchester United Eric ten Hag.

“Pesan saya kepada pemain dalam bilik persalinan saingan Piala FA segalanya mengenai kemenangan dan inilah detik penamatnya,” kata Ten Hag.

Bagaimanapun Ten Hag mengakui pasukannya patut menjaringkan lebih banyak gol.

“Separuh masa pertama kami mencipta lima atau enam peluang terbaik, kami beraksi cemerlang dan sepatutnya menyumbat lebih, tetapi jika anda gagal melakukannya anda mesti terus fokus dan itulah yang kami lakukan,” ujar Ten Hag.

Rasmuss Hojlund, Alejandro Garnacho dan Marcus Rashford antara yang gagal menyudahkan beberapa peluang keemasan.

Sememangnya Piala FA amat penting buat United selaku juara 12 kali selepas tersingkir di pentas Eropah dan saingan domestik Piala Liga.

Manakala pada aksi Liga Perdana, United gagal beraksi konsisten, kini berada di tangga kelapan, tewas sembilan daripada 20 perlawanan dan seri sekali untuk mengumpul 31 mata.

Sementara itu bagi bekas kapten United, Roy Keane, jika dia berada di tempat Ten Hag, dia akan ‘menegur’ pemain Hojlund,  yang melepaskan banyak peluang dan pemain Belanda itu mesti segera  fokus untuk menjaringkan gol.

Pada pusingan keempat nanti United dijadual menentang pemenang di antara Newport County dan Eastleigh FC

Loading...
Terkini