comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tengku Amir Shah lawat Faisal


SHAH ALAM: Pengerusi Selangor FC (SFC), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkesempatan melawat pemain SFC, Faisal Halim di sebuah hospital di Shah Alam, sebentar tadi.

Beliau tiba di pekarangan hospital terbabit sekitar jam 11.17 pagi dan ini kali pertama beliau hadir untuk menyaksikan sendiri Faisal yang ketika ini sedang bertarung dengan kesakitan susulan disimbah asid, Ahad lalu.

Antara yang mengiringi Tengku Amir Shah adalah Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Sebagai rekod, Faisal yang lebih mesra disapa ‘Mickey’ itu kini semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di hospital swasta di Shah Alam, petang semalam.

Perkara itu disahkan Shahril yang menjelaskan pemain yang dinobatkan sebagai Penjaring Gol Terbaik Piala Asia itu menjalani pembedahan kedua selama tiga jam bagi memulihkan kecederaan akibat disimbah asid baru-baru ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini