comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tengku Permaisuri Selangor rasmikan Taman Kucing

 

Oleh Aslina Abu Bakar

CYBERJAYA: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli bagi merasmikan Taman Kucing, di Taman Tasik Cyberjaya, di sini, hari ini.

Pembukaan Taman Kucing itu adalah inisiatif Majlis Perbandaran Sepang (MPS) bagi memastikan kucing jalanan mendapat penjagaan rapi selain memastikan lokasi tumpuan ramai bebas daripada gangguan haiwan berkenaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Datuk Abd Hamid Hussain berkata usaha itu juga dilaksanakan atas rasa tanggungjawab pihaknya terhadap kebajikan dan mengurangkan bilangan haiwan-haiwan terbiar sekaligus membanteras bentuk perlakuan kejam terjadap haiwan berkenaan.

“Taman Kucing ini dibina di atas tanah berkeluasan 0.3 ekar atau 1,000 meter persegi boleh menempatkan 200 kucing.

“Taman ini dilengkapi dengan sebuah pejabat, klinik, ruang istirehat termasuk unit rawatan rapi, unit pemulihan, serta unit rawatan ibu dan anak kucing.

“Proses pembinaan taman kucing ini mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan sepenuhnya dan sudah beroperasi Januari lalu,” katanya.

Katanya, perabot-perabot yang telah dipasang di taman kucing adalah terdiri daripada bangku taman, rak sumbangan, papan tanda nama taman dan penyediaan tong sampah.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, Orang Kata Maha Bijaya Daerah Sepang, Tengku Datuk Dr Jamaluddin Tengku Mahmud Shah al-Haj, dan Pengerusi Puspanita Dati Padiah Safian.

Loading...
Terkini