comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Tengku Zafrul beri keterangan jadi saksi SPRM kes Jana Wibawa’

 

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal Jana Wibawa, semalam.

Katanya, beliau akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

Foto: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) kepada SPRM lewat petang semalam.

“Saya akan terus memberi kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa jika diperlukan. Terima Kasih,” katanya menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.

Kenyataan Tengku Zafrul di laman rasmi Facebooknya berhubung projek Jana Wibawa, hari ini.

Kelmarin, SPRM dalam kenyataan, berkata suruhanjaya itu akan memanggil Tengku Zafrul yang juga bekas Menteri Kewangan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa Tengku Zafrul akan dipanggil dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, sepanjang pengetahuannya semasa menerajui Kementerian Kewangan sebelum ini, tiada ‘perbelanjaan’ yang tidak sepatutnya berlaku.

“Tapi itu setakat pengetahuan saya, biarlah SPRM buat siasatan mereka,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, tiada apa yang perlu disembunyikan dan beliau sentiasa bersedia untuk memberi keterangan jika diminta berbuat demikian.

Loading...
Terkini