comscore
Tumpuan :
Nasional

Tentera Darat komited perkasa keselamatan dan kedaulatan Sabah

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Tentera Darat (TDM) sentiasa komited dalam memperkasa keselamatan dan kedaulatan di negeri Sabah kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Ia termasuk penubuhan pasuhan baharu seperti unit artileri, unit amor dan unit bantuan khidmat yang dapat membantu dalam penugasan markas pemerintahan di markas Divisyen ke-5 Sabah.

“Tentera Darat akan sentiasa komited dan berusaha dan sentiasa semangat untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan dua wilayah iaitu di Sabah dan Sarawak.

Menurut Muhammad Hafizuddeain, keupayaan dan kekuatan pasukan-pasukan baharu itu dapat ditambah secara berperingkat dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan 13.

“Kita merancang mengadakan beberapa siri mesyuarat iaitu mesyuarat jawatankuasa Panglima Tentera Darat dan Operasi Tentera Darat untuk membincangkan apakah strategi dan rangka kerja bagi pelaksanaan bagi tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Natal di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi.

Kehadiran beliau itu juga sempena Lawatan Ulung di Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD).

“Disamping memantau progres projek keupayan dan pelaksanan operasi yang dilaksanakan di sini, saya juga telah berkesempatan untuk meninjau pelaksanaan projek rumah keluarga Angkatan Tentera di Kem Lok Kawi yang dalam peringkat awal pembangunannya.

“Kita dalam usaha membina sejumlah 513 buah rumah keluarga pelbagai kelas siapnya projek ini nanti mengurangkan masalah kekurangan rumah keluarga yang bertugas di Sabah khususnya di sekitar Kota Kinabalu,” katanya.

Loading...
Terkini