comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Terbayang anak sendiri, anggota polis nekad selamatkan mengsa kebakaran

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: ”Mungkin saya fikirkan mangsa seorang kanak-kanak dan saya sendiri pun ada anak sebaya itu” itu yang difikirkan Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad dari Balai Polis Wangsa Maju ketika menyematkan dua mangsa kebakaran di sebuah kondominium di Wangsa Maju, ibu negara semalam.

Tindakan pantas tiga anggota polis memecahkan pintu satu unit kediaman kondominium di Wangsa Maju, di sini, berjaya menyelamatkan dua beranak dari lemas terhidu asap akibat kebakaran, petang semalam.

Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif dari Balai Polis Wangsa Maju berkata beliau bersama dua lagi rakannya Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar Borhan dan Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel bertugas menjalankan rondaan.

“Dapat panggilan daripada seorang perempuan, rumah dia ada kebakaran yang suami dengan anak dia terkandas kat dalam rumah lagi lah,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

“Ketika kami sampai memang asap tebal keadaan gelap sebab rumah dia itu berada di tengah-tengah laluan jalan itu.

“Memang kami pergi tidak pakai lampu suluh memang tidak nampak sebab asap dengan gelap.

“Saya dengan pasukan cuba pecahkan pintu menggunakan alat pemadam api dalam 20 minit ke 30 minit pintu berjaya dibuka dan saya masuk masa itu mangsa dekat balkoni rumah,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini