comscore
Tumpuan :
Nasional

Terbitan Al-Quran Mushaf al-Huffaz boleh jadi panduan pelajar Maahad Tahfiz seluruh negara – Ahmad Zahid

Oleh: Mohd Fareez Azman

PUTRAJAYA: Penerbitan Al-Quran Mushaf al-Huffaz oleh Nasyrul Quran boleh menjadi panduan hafazan Al-Quran buat pelajar maahad tahfiz seluruh negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, penerbitan Mushaf itu lebih sistematik dan dijangka dapat membantu memudahkan proses hafazan dan ulangan ayat Al-Quran.

“Oleh kerana kini terdapat sebanyak 1,199 maahad tahfiz berdaftar di seluruh negara. Di sana terdapat 175,000 pelajar yang berada di maahad tahfiz.

“Terdapat 125,000 pelajar maahad tahfiz belajar di maahaf tahfiz tidak berdaftar. Ertinya terdapat 300,000 pelajar maahad tahfiz, tetapi tidak ada satu mushaf yang standard untuk dijadikan panduan hafazan quran secara sistematik,”katanya.

Tambah Ahmad Zahid lagi, sebanyak 50,000 naskah Al-Quran Mushaf al-Huffaz telah dibeli dan diedarkan oleh Yayasa Al-Falah.

Bagaimanapun, jumlah itu tidak mencukupi, justeru beliau berharap lebih ramai para pewakaf dapat mewakafkan Al-Quran Mushaf al-Huffaz ke maahad tahfiz seluruh negara.

“Jadi Insya-Allah pertengahan bulan Ramadan ini, akan diterbit dan diedarkan Mushaf al-Huffaz di seluruh maahad tahfiz.

“Pelajar hufaz akan dimudahkan untuk mengingati ayat tersebut. Tidak ada panduan sebaik Mushaf al-Huffaz oleh Nasyrul Quran, kita ucapkan tahniah.

“Oleh yang demikian kita akan menunggu ketibaan bulan Ramadan 10 hari daripada sekarang maka eloklah persiapan kita untuk wakaf Al-quran, dan juga untuk Mushaf al-Huffaz dimulakan sekarang dengan tujuan mewujudkan kesedaran semua,”katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Wakaf Peringkat Kebangsaan dan penerbitan Mushaf al-Huffaz di Dewan Abdullah Bukhari, Kompleks Nasyrul Quran di sini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini