comscore
Tumpuan :
Nasional

Terengganu catat jumlah kematian tertinggi kes lemas 

Foto hiasan

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Kadar kematian disebabkan kes lemas di Terengganu lebih tinggi dari kadar kematian melibatkan mangsa kebakaran.

Sebanyak 51 kematian kes lemas direkodkan dalam tempoh dua tahun dari 2022 hingga 2023 berbanding kes kematian akibat kebakaran rumah pula bagi tempoh yang sama mengorbankan dua nyawa.

Masing-masing satu kes kematian akibat kebakaran kereta dan kebakaran rumah.

Pada tahun 2022 sebanyak 23 kes kematian akibat lemas di rekodkan dan 29 kematian pada 2023.

Kadar kematian meningkat kepada 6 orang disebabkan tragedi lemas di Jeram Mawar Sungai Air Putih, Kemaman, pada Julai 2023 yang mengorbankan 10 nyawa.

Kebanyakan kes lemas berlaku ketika musim cuti persekolahan dan cuti perayaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Hassan ’As’ari Omar berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Secara umumnya semua kawasan berisiko yang menjadi kunjungan kepada pelancongan  datang ke Terengganu sempena (tahun baru cina) dan serentak dengan cuti sekolah, semua kawasan berisiko seperti bukit, gunung, jeram, pantai dan sebagainya semua balai akan buat rondaan secara berkala dari masa ke semasa untuk melihat dan berjumpa dengan masyarakat di tempat berkaitan untuk bagi peringatan keselamatan dan kita buat berterusan”,katanya.

Jelannya, terdapat 21 lokasi berisiko berlaku fenomena kepala air di negeri itu.

Sebagai langkah persediaan dan terbaharu pihak bomba kini memiliki dua buah motosikal sebagai aset untuk aktiviti rondaan di kawasan berisiko termasuk di kawasan pantai dan juga kawasan rekreasi lain.

Dalam perkembangan lain, usai musim tengkujuh gelobang ke empat, Terengganu dijangka dilanda musim kemarau bermula April ini.

JBPM akan berkerjasama dengan agesi lain termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, dan pihak berkuasa tempatan lain bagi mengatasi masalah kebakaran hutan dan kebun.

Kawasan-kawasan yang berisiko turut dilengkapi dengan telaga tiub sebagai sumber air bagi memadam kebakaran.

Hassan As’ari berkata demikian selepas Majlis Perbarisan Tahunan 2024.

Di majlis itu seramai 59 pengamal media dari pelbagai agensi berita di Terengganu termasuk orang awam menerima Sijil Penghargaan daripada  JBPM Terengganu.

Penghargaan diberi sebagai menghargai jasa pihak media negeri ini yang memberi kerjasama baik dalam menyampaikan segala maklumat berkaitan jabatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini