comscore
Tumpuan :
Nasional

Terengganu umum bajet Isnin ini

YDP DUN Terengganu, Datuk Yahaya Ali. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-14, tetap diadakan walaupun kerajaan pusat mengumumkan hari cuti umum Isnin ini.

Yang Dipertua Dun, Datuk Yahaya Ali, berkata Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima itu akan dilangsungkan selama empat hari mulai Isnin hingga Khamis.

Katanya, ia penting dan perlu disegerakan kerana membabitkan pembentangan Bajet 2023.

Khamis lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, mengumumkan cuti umum pada Isnin ini.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, pegawai dan kakitangan kerajaan, yang terbabit dengan persidangan Dun termasuk pengamal media, pemerhati dijemput hadir.

“Kita mengambil maklum berkenaan cuti umum seperti diumumkan Perdana Menteri Isnin ini, tetapi persidangan Dun negeri akan tetap diteruskan,” katanya. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini