comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Guna kedudukan terima rasuah, pegawai kerajaan didenda RM30,000

Ab Hanif (berkerusi roda) mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pilihan menerima suapan bagi perkhidmatan perbekalan. – Foto: NSTP

MELAKA: Seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran gred U29 didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini kerana menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan melalui perkhidmatan pembekalan peralatan tandas, racun dan mesin rumput bernilai RM19,663.50, pada 2018.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ab Hanif Ab Hamid, 43, yang mengaku bersalah atas tiga daripada sembilan pertuduhan pilihan iaitu kedua, keempat dan kelima.

Elesabet turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan 18 bulan, jika ingkar dan lelaki itu membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pilihan kedua, keempat dan kelima, tertuduh sebagai penjawat awam yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin didakwa mendapatkan satu perkhidmatan berharga daripada kerajaan Malaysia untuk adiknya, Ab Halim Ab Hamid melalui syarikat Perniagaan Thronez Enterprise milik lelaki itu.

Ini membabitkan tiga kerja pembekalan keperluan bagi Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS), PKD Jasin iaitu pembelian peralatan tandas, 10 liter racun Roundup dan racun susu (1 liter) dan mesin rumput Mitshubishi bernilai keseluruhan RM19,663.50.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di BAKAS, Pejabat PKD Jasin pada tarikh berbeza di antara 4 Julai 2018 hingga 2 November 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 161 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Tertuduh ketika dituduh kali pertama di mahkamah pada September 2021, minta dibicarakan atas sembilan pertuduhan utama mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu menerima suapan melalui kerja pembekalan berjumlah RM31,099.50 menerusi syarikat adiknya itu.

Loading...
Terkini